UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :DS Asia
Main Author :Mohd Said Halimah, Abdul Majid Zainab,
Title :Pengaruh persekitaran ke atas sistem nilai kaum Jawi Peranakan (IR)
Year of Publication :2003
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, pendatang India Muslim merupakan satu daripada kelompok minoriti pendatang (selain Arab, Cina, India Hindu, Siam dan rumpun-rumpun Melayu seperti Minangkabau, Bugis, Jawa dan Acheh) yang bertembung dengan orang Melayu asli yang dominan dari segi jumlah bilangan, kuasa dan pengaruh politik. Pertembungan kebudayaan antara kelompok minoriti dan kelompok dominan yang berlainan keturunan etnik ini telah mengakibatkan berlakunya proses asimilasi di mana kelompok minoriti India Muslim mengubahsuaikan budaya mereka kepada budaya Melayu yang dominan. Perkahwinan campur yang berleluasa dan pengubahsuaian kebudayaan yang berterusan selama beberapa generasi telah mewujudkan satu kelompok berketurunan kacukan India Muslim/Melayu yang secara progresif telah menerima kebudayaan orang Melayu dan berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu. Pada peringkat awal pertembungan, faktor kebudayaan khususnya persamaan dalam budaya, tradisi serta nilai-nilai Islam telah memudahkan penggabungan budaya dan masyarakat kedua-dua kelompok ini. Selepas kemerdekaan pembangunan negara menyatupadukan kelompok-kelompok Melayu dan menggalakkan proses asimilasi pada tahap yang lebih menyeluruh. Dasar-dasar kerajaan memantapkan identiti etnik orang Melayu dan menjamin integrasi kebudayaan, sosio-ekonomi dan politik kelompok-kelompok Melayu. Kini orang Melayu dari pelbagai keturunan etnik tidak lagi mengekalkan identiti asal mereka dan memiliki identiti etnik Melayu yang mencakupi budaya serta nilai-nilai teras kaum ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)